KEBAIKAN TINGGIKAN KAKI SEPT 2024

Sesiapa yang kerja berdiri sepanjang hari atau mempunyai masalah bengkak kaki, ini mungkin posisi yang boleh melegakan kaki anda.

Apabila anda tidur/ baring dengan kaki sedikit tinggi , ia dapat membantu aliran darah kembali ke jantung dengan lebih mudah sekaligus mengurangkan bengkak kaki.

Posisi ini juga mengurangkan tekanan pada tulang belakang, memberikan kelegaan kepada mereka yang sering sakit belakang.

Selain itu, tekanan pada perut berkurang, menjadikan tidur anda lebih nyaman tanpa gangguan refluks asid.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=948283517333147&set=a.615205943974241

FB : Public Helath Malaysia

PENGURUSAN KES POSITIF COVID 19 OGOS 2024

Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ('๐—›๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ข๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ' - ๐—›๐—ฆ๐—ข) serta ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ yang berkuatkuasa pada ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=881381497357188&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

TIP TINGKATKAN KHASIAT MENU DAGING

Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, menu berasaskan daging adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.

Ingat Daging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871285548366783&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai

Individu positif COVID-19 tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai ini. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak. Malah, tambah kenyataan itu, indivdu yang positif juga akan dirawat sama seperti pesakit yang mengalami jangkitan saluran penafasan lain.
 

OTOT KEJANG MEI 2024

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.

 

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=842595461235792&set=a.221890939972917

Kalendar

September 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30