PANDUAN KEKAL SIHAT APRIL 2024

GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37Β°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=819753046853367&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

EARPHONE MAMPU MEROSAKKAN DERIA PENDENGARAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai sambutan Hari Pendengaran Sedunia. Menurut kajian WHO, 1 dalam 20 individu mempunyai masalah pendengaran. Masalah pendengaran boleh menjejaskan interaksi dan komunikasi kerana ia menjejaskan perkembangan pertuturan.Masalah pendengaran boleh terjadi sejak lahir menerusi faktor risiko antaranya, keturunan, jangkitan semasa mengandung, masalah kesihatan semasa mengandung dan masalah genetik. Jalani ujian saringan awal bagi mengelakkan impak masalah pendengaran yang lebih serius.
 

Memakai 'earphone' terlalu lama boleh merosakkan gegendang telinga anda. Bunyi yang terlalu kuat melebihi 90 desibel boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dalam jangka masa panjang sekiranya ia tidak ditangani dengan baik. Pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi separuh volum gajet. Elakkan mendengar dengan 'earphone' berterusan melebihi 1 jam. Rehatkan telinga anda supaya tidak mengalami trauma akustik.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=803188641843141&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

SEMAK DAN BANDINGKAN HARGA UBAT

Ambil tahu dan buat penilaian sebelum pembelian ubat dengan membuat perbandingan harga melalui pelbagai sumber seperti:

1. Fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
2. Aplikasi telefon pintar dan laman sesawang fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
3. Harga Panduan Pengguna (HPP) di portal Program Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk mengemukakan sebarang aduan berkaitan harga ubat yang dijual di fasiliti kesihatan swasta (hospital / klinik swasta) atau di farmasi komuniti, sekiranya anda merasa terbeban dengan harga ubat-ubatan untuk tindakan selanjutnya.

π—π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—” π—¬π—”π—‘π—š π—•π—œπ—π—”π—ž!

"π—•π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗗𝗔𝗑 π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—› 𝗨𝗕𝗔𝗧 π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” π—•π—˜π—₯𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧𝗔𝗑"

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=771369325025073&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

TIPS TIDAK MULA MEROKOK

Merokok meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.

Katakan tidak kepada sebarang bentuk amalan merokok!

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=947730803375872&set=a.411633430318948

FB : Jabatan Penerangan Malaysia

Lindungi Golongan Berisiko Tinggi

Situasi COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal. Namun, virus COVID-19 kekal berada di sekeliling kita.

Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, golongan berisiko tinggi berkemungkinan lebih besar mendapat gejala teruk. Oleh yang demikian, golongan ini dinasihatkan untuk sentiasa Amalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak, serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=747314924097180&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia