Puan Wan Siti Zailani Binti Wan Abdul Rafal berumur 54 tahun merupakan seorang usahawan mee kuning. Beliau membuat mee kuning hanya di rumah iaitu di alamat Kampung Batu Balai, Damak, Jerantut Pahang. Pendapatan beliau hanya RM 400 sahaja sebulan dan pendapatan isi rumah adalah RM 1000. Beliau hanya menjual di kedai-kedai runcit sekitar Kampung Batu Balai dan Kampung Damak sahaja.

Pn. Zakiah merupakan seorang pekerja akauntan bank dan berhenti selepas berkahwin. Kemudian pulang ke kampung membuka kedai membuat kek dan makanan sejukbeku. Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan internet di dalam kerja-kerja mempromosikan produk, kerana beliau selalu memperkenalkan produk beliau kepada penduduk kampung sahaja. Pendapatan beliau hanya RM 500 – RM 800 sahaja sebulan. Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak Pusat Internet Pekan Damak, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menggunakan e-mail dan mempromosikan produk (menggunakan PC dan Android). Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Myshop dan facebook untuk mempromosikan produk beliau. Kini Pendapatan beliau sudah meningkat dari RM 1000 – RM 1500 sebulan.

Puan Noraizam binti Jamaluddin berumur 36 tahun merupakan seorang usahawan sate. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sate di pasar malam sahaja. Sehingga kini beliau telah menyewa sebuah kedai dan berniaga di kedai berkenaan. Pendapatan beliau sebulan adalah Rm 1500 selepas mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Damak.

Rohaya bt Mohd Salleh berumur 54 tahun merupakan seorang usahawan tea mulberry. Beliau merupakan seorang usahawan yang pada mulanya berniaga jus Roselle iaitu buah roselle yang dikeringkan di pack dan jual. Kemudian beralih pula kepada berniaga UC MULBERRY TEA. Beliau tiada usaha mempromosikan produknya di atas talian. Hanya mengharapkan kaedah penyebaran secara individu ke individu. Dan pendapatan daripada kerjanya tiadalah setimpal serta tiada sambutan. Beliau kerap kali hadir menyertai program dan hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ict. Kini, produknya telah mendapat sambutan hasil daripada penggunaan aplikasi Whatapps dan media IT. Turut dibantu juga anak beliau yang bernama Ziera di dalam promosikan produk. Pendapatannya kian bertambah dan penghasilan produknya turut meningkat.

WARISAN HAJAH AMINAH ENTERPRISE

(Produk : Pes Gulai Kawah)

Nama Pengusaha : 
Hajah Aminah binti Ahmad (Mak Su)

Alamat :
Kampung Anak Gajah, Batu Balai,
27030 Jerantut, Pahang

No. Tel :
013-9937703
011-28565605

Warisan Hajah Aminah mula ditubuhkan pada oktober 2016 dan beroperasi pada januari 2017. Produk ini telah dipasarkan di Kuantan dan Melaka. Kini produk ini telah berada di Kampung Damak dan sekitarnya. Ia turut dipasarkan secara online (mudah.my). 

2413