Puan Wan Siti Zailani Binti Wan Abdul Rafal berumur 54 tahun merupakan seorang usahawan mee kuning. Beliau membuat mee kuning hanya di rumah iaitu di alamat Kampung Batu Balai, Damak, Jerantut Pahang. Pendapatan beliau hanya RM 400 sahaja sebulan dan pendapatan isi rumah adalah RM 1000. Beliau hanya menjual di kedai-kedai runcit sekitar Kampung Batu Balai dan Kampung Damak sahaja.