Nama : Yunus Bin Teh Hashim
Umur : 51 tahun
Ahli : 5 Jan 2024

 

Latar Belakang 

Menjalankan perniagaan dari rumah secara sambil-sambilan. Mendapatkan tempahan dari kalangan penduduk kampung dan sekitarnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan purata bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan saudara mara.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan khidmat nasihat dari masa ke semasa. Beliau semakin aktif dalam menghasilkan produk pertanian dengan pelbagai inovasi. Facebook dan Whatsapp menjadi medium utama perniagaannya. Kini pendapatan beliau mencecah RM 500 – RM 1000 sebulan daripada produk-produk asas yang dijual.

 

Latar Belakang 

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar Tingkatan 1. Beliau juga seorang yang mudah belajar dan sangat meminati pembelajaran komputer. Beliau mula belajar komputer dari umur 12 tahun sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat dan edit gambar menggunakan Microsoft Office dan juga asas aplikasi lain untuk kemudahan akan datang. Kini beliau datang ke PEDi untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer tanpa tunjuk ajar dari petugas. Selain itu, Beliau juga meminjam netbook yang disediakan oleh PEDi untuk pelajar seperti beliau.

Nama : Mohd Fikhri bin Sapeni
Umur : 33 tahun
Ahli : 17 Jan 2012

 

Latar Belakang 

Encik Mohd Fikhri merupakan seorang usahawan menjual kerepek peria crispy by semeledot. Beliau hanya menjual secara offline iaitu menghantar kerepek ke kedai2 makan di kampung. Beliau membuat kerepek peria crispy 100% homade tanpa MSG. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi iaitu melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sudah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp dan sebagainya. PEDi banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 700 – RM 1000 sebulan.

 

 

Latar Belakang 

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar tahun 5. Beliau sangat aktiv ketika di sekolah. Beliau juga seorang yang mudah belajar dan sangat meminati pembelajaran komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat dan edit gambar menggunakan Microsoft Office dan juga asas aplikasi lain untuk kemudahan akan datang. Kini beliau datang ke PEDi untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer tanpa tunjuk ajar dari petugas.

 

Latar Belakang 

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar darjah 3.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PusatEkonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Ekomoni Digital Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat menggunakan Microsoft Office dan juga asas aplikasi lain untuk kemudahan akan datang. Kini beliau datang ke Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer tanpa tunjuk ajar dari petugas.