Nama Muhammad Ariff Zaqhuwan Bin Adduan
Umur : 21 tahun
Ahli : 2011

 

Latar Belakang 

Memiliki sijil kemahiran dan lesen di dalam bidang elektrik, Telah membuka satu syarikat pendawaian elektrik dengan menyasarkan pengguna-pengguna domestik di dalam dan diluar kawasan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Perniagaan tidak berkembang. Hanya sekadar mendapat permintaan di kawasan sekitar sahaja. Tiada permintaan dari luar kawasan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Perniagaan semakin berkembang maju berikutan telah menerima banyak permintaan perkhidmatan pendawaian dari dalam dan luar kawasan. Selain itu juga,  dapat meningkatkan kemahiran penggunaan internet dalam proses pengembangan perniagaan dari masa ke semasa.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN E-MAIL

Nama : Norhasni Binti Abdullah
Umur : 38 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang guru KAFA Sekolah Kebangsaan Damak, disamping itu beliau juga bekerja sambil belajar dalam bidang falsafah di sebuah institusi pendidikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau juga sudah boleh menaip surat dan membuat pembentangan latihan menggunakan Microsoft Office.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN EDIT GAMBAR

Nama : Muhammad Zakwan Fahmi Bin Mohd Yusof
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar tahun 5. Beliau juga pernah memasuki sukan lumba lari dan perkhemahan pengakap peringkat sekolah. Beliau meripakan anak pertama dalam tiga orang adik-beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat menggunakan Microsoft Office.

Nama : Zakiah Binti Mohd Ali
Umur : 57 tahun
Ahli : 2010

 

Latar Belakang 

Beroperasi berasaskan perniagaan roti. Selepas beberapa tahun beliau mula menambah pendapatan dengan pelbagai jualan seperti jualan topup, jualan makanan dan minuman. Kini,, perniagaan beliau semakin stabil dengan pelbagai jualan yang dibuat di premisnya tanpa mengharapkan kepada jualan roti semata-mata.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Tidak dapat maklumat berkenaan dengan pasaran dan bentuk perniagaan lain. Hanya mengharap kepada jualan roti sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Dengan adanya kelas-kelas keusahawanan yang dilaksanakan di PEDi, beliau semakin menambahbaik perkhidmatan di kedainya selain semakin pandai menguruskan kerja-kerja promosi dan pengurusan akaun kedainya.

Nama : Nurul Nabila Bt. Ahmad
Umur : 28 tahun
Ahli : 2010

 

Latar Belakang 

Pn. Nurul Nabila binti Ahmad merupakan seorang pemborong kecil-kecilan yang meniagakan pakaian, makanan dan hasil-hasil pertanian. Perniagaan diusahakan bersama kedua ibubapanya secara langsung di pasar-pasar malam, pekan sehari pada setiap minggu. Hasil-hasil pertanian yang dijual ialah buah-buahan tempatan, ulam-ulam dan lain-lain. Selain itu, produk-produk makanan seperti dodol, kepayang, tapai dan beberapa jenis makanan turut dijual. Manakala jualan pakaian juga dilakukan secara kecil-kecilan mengikut skala stok dan permintaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum menggunakan saluran ict dalam perniagaan, mereka hanya bergantung kepada jualan terus kepada pelanggan yang mengunjung pasar atau pekan sehari pada setiap minggu. Hasil adalah tidak konsisten berbanding produk yang dibawa untuk dijual.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mengubah kaedah pemasaran dan pengurusan perniagaan. Melalui kemahiran dan penggunaan ICT, mereka berjaya mendapatkan pelanggan walaupun bukan pada hari berniaga. Tempahan dapat diterima terlebih dahulu dan jualan terus meningkat kerana produk yang dibawa telah mempunyai pembeli. Pengeluaran dan penyediaan produk dapat dikenalpasti kuantitinya serta dapat membantu pengurusan dalam perniagaan.