BELAJAR INTERNET, MENAIP, EDIT GAMBAR DAN VIDEO

Nama : Nuraisya Awadah Binti Mohd Fairul Hisham
Umur : 9 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar tahun 1. Beliau juga pernah memasuki sukan lumba lari peringkat sekolah dan pertandingan menyanyi. Anak ke dua dalam tiga orang adik-beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat menggunakan Microsoft Word dan edit video menggunakan aplikasi proshow gold.

Nama : Zaida binti Mohammad
Umur : 33 tahun
Ahli : 2010

 

Latar Belakang 

Pn. Zaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya menjual pakaian online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan internet di dalam kerja-kerja mempromosikan produk, kerana beliau selalu memperkenalkan produk beliau kepada penduduk kampung sahaja. Pendapatan beliau hanya RM 500 – RM 1000 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menggunakan e-mail dan mempromosikan produk (menggunakan PC dan Android). Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Myshop dan facebook untuk memprosikan produk beliau. Kini Pendapatan beliau sudah meningkat dari RM 1000 – RM 1700 sebulan.

Nama : Rohaya bt Mohd Salleh
Umur : 55 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang 

Pn. Rohaya merupakan seorang usahawan yang pada mulanya berniaga jus Roselle iaitu buah roselle yang dikeringkan di pack & jual. Kemudian beralih pula kepada berniaga UC MULBERRY TEA.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau tiada usaha mempromosikan produknya di atas talian. Hanya mengharapkan kaedah penyebaran secara individu ke individu. Dan pendapatan daripada kerjanya tiadalah setimpal serta tiada sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau kerap kali hadir menyertai program dan hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ict. Kini, produknya telah mendapat sambutan hasil daripada penggunaan aplikasi Whatsapps dan media IT. Turut dibantu juga anak beliau yang bernama Ziera di dalam promosikan produk. Pendapatannya kian bertambah dan penghasilan produknya turut meningkat.

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Afni Umairah Binti Rashidi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Afni Umairah merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar darjah 6. Beliau juga pernah memasuki pertandingan nasyid di peringkat sekolah. Maka, beliau selalu mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan internet dan belajar menggunakan komputer. Beliau di jemput memasuki kelas komputer bersama kawan-kawan yang lain untuk mempelajari pengetahuan ICT dengan betul yang terdapat di Pusat Internet Pekan Damak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul.

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Nuraisya Afrina Binti Mohd Fairul Hisham
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nuraisya Afrina merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar darjah 5. Beliau juga pernah memasuki pertandingan menari berkumpulan di peringkat sekolah. Maka, beliau selalu mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan internet dan belajar menggunakan komputer. Beliau di jemput memasuki kelas komputer bersama kawan-kawan yang lain untuk mempelajari pengetahuan ICT dengan betul yang terdapat di Pusat Internet Pekan Damak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel dan publisher.