BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Muhamad ‘Ammar Danial bin Razlan
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Muhamad ‘Ammar Danial adalah seorang bekas pelajar Matrikulasi, beliau ingin melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah. Namun, beliau hanya mempunyai asas pengetahuan ict sahaja. Maka, beliau selalu mengunjungi PEDi untuk menggunakan internet dan belajar menggunakan komputer. Beliau di jemput memasuki kelas komputer bersama kawan-kawan yang lain untuk mempelajari pengetahuan ICT dengan betul yang terdapat di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penglibatannya di PEDi, Muhamad ‘Ammar Danial tidak mempunyai email peribadi dan tidak cekap menaip. Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan ICT melalui telefon bimbit sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas intel yang dibimbing oleh PEDi, beliau kini telah memiliki akaun gmail tersendiri dan juga telah pandai dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Hal ini memudahkan beliau untuk membuat kerja kursus atau pembentangan dengan menggunakan Microsoft yang dipelajari oleh beliau. Beliau juga telah pandai dalam menggunakan internet dengan betul dan bijak.