Nama : Nurul Nabila Bt. Ahmad
Umur : 28 tahun
Ahli : 2010

 

Latar Belakang 

Pn. Nurul Nabila binti Ahmad merupakan seorang pemborong kecil-kecilan yang meniagakan pakaian, makanan dan hasil-hasil pertanian. Perniagaan diusahakan bersama kedua ibubapanya secara langsung di pasar-pasar malam, pekan sehari pada setiap minggu. Hasil-hasil pertanian yang dijual ialah buah-buahan tempatan, ulam-ulam dan lain-lain. Selain itu, produk-produk makanan seperti dodol, kepayang, tapai dan beberapa jenis makanan turut dijual. Manakala jualan pakaian juga dilakukan secara kecil-kecilan mengikut skala stok dan permintaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum menggunakan saluran ict dalam perniagaan, mereka hanya bergantung kepada jualan terus kepada pelanggan yang mengunjung pasar atau pekan sehari pada setiap minggu. Hasil adalah tidak konsisten berbanding produk yang dibawa untuk dijual.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak PEDi, beliau cuba mengubah kaedah pemasaran dan pengurusan perniagaan. Melalui kemahiran dan penggunaan ICT, mereka berjaya mendapatkan pelanggan walaupun bukan pada hari berniaga. Tempahan dapat diterima terlebih dahulu dan jualan terus meningkat kerana produk yang dibawa telah mempunyai pembeli. Pengeluaran dan penyediaan produk dapat dikenalpasti kuantitinya serta dapat membantu pengurusan dalam perniagaan.