Nama : Siti Fatimah Bt. Ab. Wahab
Umur : 34 tahun
Ahli : 21 Jun 2011

 

Latar Belakang 

Puan Fatimah merupakan seorang usahawanita andaman dan spa pada permulaan perniagaan. Beliau juga menjual produk Giffarine secara online dan offline. Kini beliau membuka mini market yang berdekatan dengan rumah beliau. Beliau membuka mini market bermula pada bulan april 2019 sehingga kini. Walaupun beliau membuka kedai runcit, jika ada pelanggan yang mahu menggunakan khidmat Andaman dan spa maka beliau laksanakan. Pusat Internet Pekan Damak menyediakan platform untuk Puan Fatimah memasarkan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan pelanggan yang datang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sedah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp, Dashboard Komuniti Myshop dan sebagainya, banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 2500 – RM 3500 sebulan.