Latar Belakang 

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damak dan merupakan pelajar Tingkatan 1. Beliau juga seorang yang mudah belajar dan sangat meminati pembelajaran komputer. Beliau mula belajar komputer dari umur 12 tahun sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat dan edit gambar menggunakan Microsoft Office dan juga asas aplikasi lain untuk kemudahan akan datang. Kini beliau datang ke PEDi untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer tanpa tunjuk ajar dari petugas. Selain itu, Beliau juga meminjam netbook yang disediakan oleh PEDi untuk pelajar seperti beliau.