Nama : Yunus Bin Teh Hashim
Umur : 51 tahun
Ahli : 5 Jan 2024

 

Latar Belakang 

Menjalankan perniagaan dari rumah secara sambil-sambilan. Mendapatkan tempahan dari kalangan penduduk kampung dan sekitarnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pendapatan purata bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Promosi disebarkan melalui kawan-kawan dan saudara mara.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan khidmat nasihat dari masa ke semasa. Beliau semakin aktif dalam menghasilkan produk pertanian dengan pelbagai inovasi. Facebook dan Whatsapp menjadi medium utama perniagaannya. Kini pendapatan beliau mencecah RM 500 – RM 1000 sebulan daripada produk-produk asas yang dijual.