Nama : Mohd Fikhri bin Sapeni
Umur : 33 tahun
Ahli : 17 Jan 2012

 

Latar Belakang 

Encik Mohd Fikhri merupakan seorang usahawan menjual kerepek peria crispy by semeledot. Beliau hanya menjual secara offline iaitu menghantar kerepek ke kedai2 makan di kampung. Beliau membuat kerepek peria crispy 100% homade tanpa MSG. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi iaitu melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau sudah memiliki akaun sosial facebook, e-mail, whatsapp dan sebagainya. PEDi banyak membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti dan seluruh Malaysia. Hasilnya kini amat memberangsangkan. Selain itu juga, pelanggan tetap adalah penghuni kawasan tempat tinggal beliau. Kini pendapatan beliau mencecah RM 700 – RM 1000 sebulan.