Pn. Zakiah merupakan seorang pekerja akauntan bank dan berhenti selepas berkahwin. Kemudian pulang ke kampung membuka kedai membuat kek dan makanan sejukbeku. Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan internet di dalam kerja-kerja mempromosikan produk, kerana beliau selalu memperkenalkan produk beliau kepada penduduk kampung sahaja. Pendapatan beliau hanya RM 500 – RM 800 sahaja sebulan. Melalui bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak Pusat Internet Pekan Damak, beliau cuba mendapatkan maklumat serta kaedah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Beliau dibimbing secara khusus berkaitan dengan kaedah menggunakan e-mail dan mempromosikan produk (menggunakan PC dan Android). Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Myshop dan facebook untuk mempromosikan produk beliau. Kini Pendapatan beliau sudah meningkat dari RM 1000 – RM 1500 sebulan.