EARPHONE MAMPU MEROSAKKAN DERIA PENDENGARAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai sambutan Hari Pendengaran Sedunia. Menurut kajian WHO, 1 dalam 20 individu mempunyai masalah pendengaran. Masalah pendengaran boleh menjejaskan interaksi dan komunikasi kerana ia menjejaskan perkembangan pertuturan.Masalah pendengaran boleh terjadi sejak lahir menerusi faktor risiko antaranya, keturunan, jangkitan semasa mengandung, masalah kesihatan semasa mengandung dan masalah genetik. Jalani ujian saringan awal bagi mengelakkan impak masalah pendengaran yang lebih serius.
 

Memakai 'earphone' terlalu lama boleh merosakkan gegendang telinga anda. Bunyi yang terlalu kuat melebihi 90 desibel boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dalam jangka masa panjang sekiranya ia tidak ditangani dengan baik. Pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi separuh volum gajet. Elakkan mendengar dengan 'earphone' berterusan melebihi 1 jam. Rehatkan telinga anda supaya tidak mengalami trauma akustik.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=803188641843141&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia