TIP BERHENTI MEROKOK DIS2023

Proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=749609753867697&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

TEKNOLOGI SINAR X NOV 2023

Ketahui kebaikan pemeriksaan menggunakan sinar X (X-ray) dan keselamatan yang perlu diawasi ketika menerima rawatan ini demi memastikan inidividu tidak terkena kesan radiasi dalam jangka masa panjang.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=734908258671180&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN INFLUENZA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.

Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Oleh itu, orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. 

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=700672552094751&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

TINDAKAN SEMASA JEREBU OKT2023

- Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

- Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

- Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=713912977437375&set=a.221890939972917

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

INFLUENZA

Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi. Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

▪️Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=682440983917908&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia