INFLUENZA

Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi. Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

▪️Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=682440983917908&set=a.221890943306250

FB : Kementerian Kesihatan Malaysia