kesihatan

Bantut atau masalah tumbesaran kanak-kanak secara umum bermaksud saiz fizikal atau ketinggian yang tidak normal berbanding umur.

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan melaporkan kadar kanak-kanak terbantut meningkat kepada 20.7% pada 2016 berbanding 17% pada 2006.

Masalah ini tidak hanya berlaku dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah tetapi juga berlaku dalam keluarga berpendapatan tinggi kerana terlepas pandang.

Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Link : https://www.facebook.com/nutritionistkkm/photos/a.488576191169025/3998197106873565/?type=3&theater

vit c

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19.

Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.

Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.

Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini.

Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri.

Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.

Berikut adalah sayur-sayuran yang tinggi Vitamin C.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

#HealthyLifeStyle

 

IMG 20200402 WA0025
Peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai di kalangan kita berasa risau dan bimbang. Namun, kebimbangan melampau dan mencetuskan rasa panik tidak membantu malah boleh menyebabkan seorang individu yang sihat menjadi sakit. 
 
Ini kerana tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekali gus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan seseorang lebih mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Jadi dinasihatkan supaya anda yang berada di rumah untuk keep calm, do things that you love and wash your hands with soap. 
 
#stayhome 
#stayhealthy 
#staysafe 
#fightcovid19together
 
 

Jaga kesihatan diri..

#kitajagakita

#perangicovid19

Credit : Pusat Internet Kg Budu

IMG 20200421 WA0193

Klinik Desa Kampung Bharu,

27000 Jerantut,

Pahang Darul Makmur.

No. Tel : 09-266 7608

klinik desa kg bharu