http://damak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=20#sigFreeIda83d4b6751
Sumber gambar: Taman Negara Asia, Joel Duverger, Pikor cute & Kelahsanctuary3
Ikan-ikan kelah ini dipulihara untuk mengekalkan jumlah spisis mereka. Malahan, ikan kelah merupakan ikan termahal di Malaysia dan diancam kepupusan jika tidak dijaga.
Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memberi makan kepada mereka dan juga bermain bersama. Namun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap ikan ini.
Lebih menyeronokkan lagi anda akan nampak ikan-ikan ini berenang dengan jelas kerana air sungai yang sangat jernih bak kristal. Jika ingin pergi ke sini, anda perlu menggunakan bot daripada Lata Berkoh mengambil masa 30 hingga 40 minit masa perjalanan.
Link : https://aliffchannel.com/57166/tempat-menarik-jerantut/
http://damak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=20#sigFreeIdd8a8d03975
Selain Gunung Tahan, Gunung Senyum juga terkenal dalam kalangan pendaki dan pelancong. Gunung setinggi 486 meter ini diselitkan dengan flora atau tumbuhan herba yang sangat bernilai buat pengubatan sepanjang perjalanan mendaki gunung ini.
Hampir 25 buah gua dengan pelbagai nama yang unik dan klasik juga terdapat di sini. Namanya yang unik ini yakni Gunung Senyum juga sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/
Ditubuhkan pada tahun 1989, Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah di Pahang yang terletak di dalam Rizab Hidupan Liar Krau ini juga berada dalam kategori tempat menarik di Jerantut. Pusat ini bertujuan untuk memelihara habitat gajah daripada diancam kepupusan.
Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih daripada 700 gajah liar telah berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai seperti Taman Negara. Di pusat ini, anda akan disajikan dengan aktiviti seperti menonton dokumentari, perbincangan pemuliharaan bagi memperkenalkan latar belakang dan kebolehan gajah dengan latihan dan lain-lain lagi.
Seterusnya, anda juga dibenarkan melihat dan memberi makan gajah yang dipelihara di pusat pemuliharaan ini. Pusat ini dibuka setiap hari pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.
Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/
http://damak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=20#sigFreeIdb9f2c2b3fb
Beralamat : No 10, Lorong Alamanda 2, Taman Alamanda, 27000 Jerantut, Pahang
No Tel : 0199885670
Link : https://www.facebook.com/ViaFerrataTasikHati/
Lata Berkoh adalah kawasan mandi-manda atau air terjun yang terdapat berdekatan dengan Taman Negara Pahang. Sebagai sebuah tempat menarik di Jerantut, ramai penduduk sering datang bermandi-manda di sini.
Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.
Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/#13_Lata_Berkoh