Di Jerantut terdapat sebuah pusat pengeluaran benih ikan air tawar yang di uruskan oleh Jabatan Perikanan. Tempat ini terletak di Kampung Perlok, kira 38 km dari bandar Jerantut dan dinamakan Pusat Pengembangan Akuakultur, Perlok. Untuk ke perikanan dari bandar Jerantut mengambil jalan menghala ke Benta dan bila sampai saja di Pekan Damak masuk simpang kiri ke Hulu Cheka. Hulu Cheka adalah kampung arwah Pawang Nong. Kemudian akan jumpa kampung Perlok. Di sinilah terletaknya pusat tersebut. Boleh juga masuk dari Kuala Krau melintas jalan keretapi ke Kg. Paya Luas. Kita akan bertemu beberapa kg. Orang Asli seperti Penderas dan terus melalui celah bukit untuk tiba kesini. Di akuakultur ini terdapat beberapa jenis ikan seperti ikan kelah, ikan kerai, tengalan , keli, patin, lampam dan banyak lag. Anak ikan yang telah menetas akan dipelihara dan dijual kepada pengusaha kolam ikan.

http://orangpahang.blogspot.com/2010/10/pusat-pengembangan-akualkultur-perlok.html

Sungai Rengat atau nama lain ialah Sungai Lubuk Hang Tuah tempat yang sangat menarik untuk berkelah dan mandi-manda. Perjalanan dari Kampung Damak, Ulu Cheka ke Lubuk Hang Tuah mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Pemandangan Lubuk Hang Tuah yang sangat menarik dengan keindahan pokok-pokok hijau dan air yang jernih menambah lagi tarikan untuk berkelah bersama keluarga.

sungai rengat

 

Galeri warisan Pawang Nong terletak di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang yang berhampiran dengan bangunan RTC Ulu Cheka. Terdapat banyak khazanah lama yang tersimpan di situ seperti yang tertera di dalam gambar. Galeri warisan Pawang Nong telah dirasmikan oleh ahli parlimen Jerantut iaitu YB. Haji Ahmad Nazlan Bin Haji Idris pada 23 oktober 2016 sempena program perasmian penutup bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang di adakan di Kampung Ulu Cheka.

Bukit Bongkok memiliki ketinggian 897 meter (2,942 kaki), namun pendakian BUkit Bongkok di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki. Laluan awal adalah menempuh jalan ladang getah milik Felcra kemudian meredah rimbunan pokok resam yang menghijau sehinggalah ke puncak Bukit Bongkok. 

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/trek-8216-pacak-8217-gunung-bongkok-1.445729

Taman Arnab kini di buka di Kampung Bukit Batu, Damak

Taman ini mula beroperasi pada awal bulan julai 2017.

Waktu operasi bermula jam 9:00 Pagi - 6:00 Petang.

Bayaran masuk hanya:

RM7/Seorang

Pakej keluarga

RM 30 (2 dewasa + 3 kanak-kanak)

Pakej pasangan

RM 10 ( 2 orang)

Group sekolah

RM 3 (Min. 15 orang)

untuk rujukan boleh layari:

Link Facebook : https://www.facebook.com/rabbitparkbukitbatu/