PAHANG

Lata Kawah merupakan Destinasi Rekreasi & Santai di dalam Mukim Hulu Cheka, Jerantut, Pahang. Bertempat di Kampung Dusun Kalong Ulu Cheka. Setiap hujung minggu akan ada pengunjung datang ke sini untuk mandi manda kerana di sediakan kemudahan tempat parking, tandas, tempat salin pakaian dan tempat untuk solat. 

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=980224375765710&set=pcb.980225045765643

PAHANG

Lata Meraung

Lata Meraung adalah salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke Jerantut, Pahang.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk tempat solat, tandas, tapak perkemahan, jungle trekking dan banyak lagi.

Apa yang membuatnya lebih unik adalah suara air terjun yang seolah-olah menyerupai rintihan seorang yang meraung, itulah mengapa ia diberi nama “Lata Meraung.”

Tempat pelancongan di Pahang ini hanya 15 kilometer sahaja dari bandar Jerantut. Jom bersantai di air terjun Lata Meraung bersama keluarga.

Link : https://aliffchannel.com/57166/tempat-menarik-jerantut/

PAHANG

Keretapi ATV di I-City Jerantut. Mula beroperasi pada bulan November 2021 dengan bayaran yang dikenakan adalah RM 5 per individu. Sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

PAHANG

Aza Cartoon Gallery beralamat di Pejabat Pos Lama, 41-B, Jalan Jerantut - Benta, Bandar Lama, 27000 Jerantut, Pahang. Tempat ini berdekatan dengan Hotel darul Makmur dan juga bandar untuk kemudahan pelancong.

PAHANG

Tarikan pelancong baharu, via ferrata, telah dipasang di lereng bukit di Kampung Paya Gunung 
dan menawarkan pengembaraan yang mendebarkan – Taman Ekstra Paya Gunung.
Ia mengambil masa kira-kira 1½ jam untuk sampai ke puncak Menara. 
Ia adalah pemandangan yang menakjubkan, pemandangan 360 darjah panorama persekitaran,
termasuk bandar Jerantut, penempatan Felda, gua Kota Gelanggi dan juga Gunung Senyum yang berdekatan.

Bukit itu telah wujud berjuta-juta tahun dan penduduk kampung berkata kawasan itu pernah menjadi kuari. 
Puncak Kampung Paya Gunung ialah monolit berdiri bebas dengan dua puncak berbeza
iaitu Menara Paya Gunung A untuk puncak utama dan Menara Paya Gunung B untuk puncak lain.
Melalui pendakian berbilang padang atau Via Ferrata akan membawa anda terus ke puncak utama
manakala puncak kedua hanya boleh diakses melalui laluan Via Ferrata yang lain.
Aktiviti:

– Puncak pertama & puncak kedua melalui ferrata
– Abseiling
– Gua
- Memanjat batu

Link : https://tamannegaratravel.com/portfolio/paya-gunung-via-ferrata-jerantut-travel/