Permandangan 360 Darjah dari Bukit Tabung, Kg. Koi. Lokasi yang menarik dan sesuai untuk riadah mendaki ringan, Permandangan 360 darjah, ketinggian <300 meter. 20 minit perjalanan mendaki.

Kordinat : 3.92429, 102,19511

Jerantut Hill resort merupakan tempat penginapan untuk pengunjung beristirehat. Resort ini merupakan hotel 3 bintang yang beralamat di Lot 1284, Jalan Benta, 27000 Jerantut, Pahang. Di sini merupakan salah satu tempat penginapan yang cantik dan selesa. Terdapat kolam renang, bilik yang selesa, temapt makan yang luas dan resort ini berada di atas bukit.

Jerantut Hill Resort berada di 4 km dari bukit seladang, 10 km dari bandar jerantut dan 11 km dari stesen keretapi Jerantut. 

Untuk tempahan boleh hubungi di talian 09-267 2288 

 

Jangan menyangka bahawa hanya Shah Alam sahaja mempunyai I  City tetapi Jerantut juga tak kalah hebatnya.  Tempat menarik di Jerantut yang disinari lampu berwarna-warni ini merupakan taman permainan dan taman rekreasi di daerah Jerantut. 

Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.

Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Antaranya adalah gerai-gerai untuk anda menjamu selera, buaian, pondok rehat, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat tayangan dan sebagainya.

Laman web : https://www.ammboi.com/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

Galeri Mat Kilau yang telah dibina sejak tahun 2015 ini adalah salah satu tarikan pelancong. Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah sekitar daerah Jerantut yang kebanyakannya pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Pawang Noh, Tok Gajah dan ramai lagi.

Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang dahulu kala juga boleh anda lihat di sini. Yang lebih menyeronokkan lagi, pameran di sini memaparkan pelbagai bentuk seperti patung, visual, gambar dan audio untuk menarik minat para pelancong.

Bagi pencinta sejarah, saya syorkan anda datang ke empat ini untuk menimba informasi tentang pahlawan bangsa kita sekaligus dapat memupuk semangat cintakan tanah air apabila mengenang jasa mereka. Galeri ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan bayaran yang dikenakan hanyalah sekitar RM 2.

Laman web : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/ 

Taman Air Darul Makmur, sebuah taman mini di bawah pengurusan Hotel Darul Makmur, Jerantut yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Berkeluasan 2.5 ekar berkonsepkan Taman negara ini mempunyai 3 buah kolam iaitu kolam utama, kolam kanak-kanak dan kolam luncur. Kolam-kolam ini dinamakan sempena nama pokok2 yg terdapat di Taman Negara seperti Tasik Meranti, Pantai Cengal dan Lubuk Tualang. Terdapat juga 15 buah gazebo untuk disewa yang dinamakan sempena nama ikan di Sungai Pahang seperti ika kelah, tapah, tenggalan, kerai, lampam, jelawat dan sebagainya. Untuk kemudahan pengunjung, kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan juga surau disediakan. Terdapat juga sebuah restoran diberi nama “Tepian Darul Makmur” yang merupakan restoran dalam taman air milik hotel dan dijadikan food court bagi taman air ini. Taman Air Darul Makmur ini terletak di tengah bandar lama Jerantut. Pengunjung hanya perlu mencari lokasi Bandar Lama Jerantut, Hotel Darul Makmur atau Stesen Keretapi Jerantut untuk sampai kesini. Ia boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa. Selain dari gazebo yang disewa, taman air ini turut menyediakan kerusi meja batu utk kemudahan pengunjung.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : 09-2662552

Laman web : https://negeripahang.com/sejukkan-badan-di-taman-air-darul-makmur