Lata Meraung

Lembah Kiol, yang dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, amat sesuai untuk menenangkan jiwa dan emosi. Jika anda ingin merasai kesejukan air terjun, serta suasana pemandangan yang dikelilingi hutan menghijau, air terjun Lata Meraung di Lembah Kiol adalah jawapannya.

Di sini juga terdapat kawasan perkelahan, alam semulajadi yang didampingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang, jeram semulajadi, flora dan fauna, senitanam landskap, tempat memancing, paver footpater, tangga dan juga tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong seperti lumba basikal, marathon dan sebagainya.

Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan para pengunjung ke sini berada dalam keadaan yang selesa seiring dengan keindahan alam semulajadinya.

Sumber : http://www.mdjerantut.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/page/0/1

Aiskrim Kelapa D'Rengat adalah gerai jualan aiskrim di pintu masuk ke sungai rengat yang berada di Kampung Damak. Kepada pelancong yang ingin beriadah dan mandi manda boleh merasai keenakaan aisrim kelapa di situ. Gerai jualan hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja.

Untuk sebarang info dan pertanyaan boleh layari facebook https://www.facebook.com/Aiskrim-kelapa-DRengat-106867484836464 

No tel : 017-9784177

pasar jerantut

Tempat membeli-belah di Jerantut ini dikatakan setanding dengan Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu. Destinasi yang juga merupakan tempat menarik di Jerantut ini pastinya membuatkan anda rambang mata melihat barang-barang yang dijual.

Harganya juga sangat berbaloi dan berpatutan untuk anda dapatkan. Pelbagai barangan dijual di sini seperti bahan mentah, pakaian, perhiasan, aksesori, makanan dan lain-lain lagi. 

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Kalau anda pernah dengar kisah Sang Kelembai, di sinilah tempat yang sering dikaitkan dengan mitos berkenaan. Terdapat banyak gua di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini. Antaranya:

  • - Gua Tongkat
  • - Gua Angin
  • - Gua Batu Sanding
  • - Gua Kota Balai
  • - Gua Penyu Gua Kelawar

Khabarnya kawasan ini merupakan sebuah kota sebelum di sumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai.

Menariknya, anda boleh masuk ke dalam gua ini dengan kereta. Jika anda masuk ke dalam gua dengan lebih dalam, terdapat aliran air yang jernih.

Alamat: Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang (Google Maps Location)

 

 
Cuma 30km dari bandar jerantut ke centre point PAMUC.
Kami menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anda rasai di sekitar lembah Benum Kampung Ulu Cheka.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi no telefon 0178784817 Fairuz Abas

Link : https://www.facebook.com/groups/hulucheka/

Link : https://www.facebook.com/groups/496554037136384/