Lata Meraung

Lembah Kiol, yang dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, amat sesuai untuk menenangkan jiwa dan emosi. Jika anda ingin merasai kesejukan air terjun, serta suasana pemandangan yang dikelilingi hutan menghijau, air terjun Lata Meraung di Lembah Kiol adalah jawapannya.

Di sini juga terdapat kawasan perkelahan, alam semulajadi yang didampingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang, jeram semulajadi, flora dan fauna, senitanam landskap, tempat memancing, paver footpater, tangga dan juga tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong seperti lumba basikal, marathon dan sebagainya.

Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan para pengunjung ke sini berada dalam keadaan yang selesa seiring dengan keindahan alam semulajadinya.

Sumber : http://www.mdjerantut.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/page/0/1