PAHANG

Tak perlu ke negara Eropah untuk menikmati udara sejuk dan melihat seni bina yang indah, kerana pakej lengkap seperti berada di luar negara ini ditawarkan di Bukit Fraser.

Dengan suhu serendah 17 ke 24 darjah celsius yang tidak ubah seperti berada di dalam aircond, anda turut disajikan dengan pemandangan yang menarik di mana bangunan-bangunan di sekitar memiliki reka bentuk seperti binaan yang terdapat di England, cukup sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada Bukit Fraser sebagai ‘The Little England of Malaysia.’

Selain ini semua, Bukit Fraser turut menawarkan banyak lagi tarikan menarik lain untuk anda sekeluarga lawati seperti Hemmant Trail Fraser Hil, Menara Jam Bukit Fraser, Air Terjun Jeriau, Taman Flora Bukit Fraser, The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre dan banyak lagi!

Alamat: Fraser’s Hill, Pahang

Link : https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-pahang/