Lata Berkoh

Lata Berkoh adalah kawasan mandi-manda atau air terjun yang terdapat berdekatan dengan Taman Negara Pahang.  Sebagai sebuah tempat menarik di Jerantut, ramai penduduk sering datang bermandi-manda di sini.

Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/#13_Lata_Berkoh