http://damak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/1348-air-terjun-lubuk-yu#sigFreeId33d7518cab
Tempat menarik di Jengka ialah Air Terjun Lubuk Yu. Air Terjun Lubuk Yu ini terletak di Felda Jengka 5 berhampiran Maran Pahang.
Namanya agak unik kerana geologi air terjunnya berbentuk U. Arus air di Air Terjun Lubuk Yu tidak terlalu deras menyebabkan ia menjadi tarikan pengunjung di sekitar daerah Maran.
Air sungai di sini sangat jernih dan sejuk. Pengunjung dapat menikmati air yang sungguh nyaman dan indah di sini.
Bagi yang ingin merehatkan minda dari bekerja di tengah kesibukan kota, Air Terjun Lubuk Yu boleh menjadi pilihan terbaik.
Pasti berasa tenang dengan bunyi air terjun yang mengalir.
Link : https://coklatvanilla.com/7-tempat-menarik-di-jengka-pahang-wow-syoknya/