http://damak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/1107-bukit-panau-kg-baharu#sigFreeId131ccf0a4b
Bukit Panau setinggi 396 meter antara lokasi yang berpotensi sebagai transit pengunjung bagi aktiviti rekreasi dan riadah yang dimasukkan dalam pakej Kluster Pelancongan Negeri Pahang.
Bukit Panau yang mempunyai pemandangan puncak yang cukup menakjubkan telah dibuka oleh sekumpulan belia Kampung Baharu unutuk dijadikan sebagai sebuah pusat rekreasi orang ramai.
Keindahan alam sekitar yang dimiliki puncak bukit terutamanya fenomena awan karpet telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melakukan pendakian di situ.
Bukit Panau juga menjadi tumpuan pencinta alam bagi menyaksikan sendiri kehadiran pelbagai spesies burung liar yang terbang bebas di habitatnya.
Burung profesional yang pernah ke situ mendapati hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja hampir 60 spesies burung direkodkan termasuk Long-billed Partage dan Helmelted Hornbill. Malah, siulan burung jenis Wak-wak dan Siamang juga turut kedengaran.
Bukit Panau merupakan salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama indah dari puncaknya dan ramai yang menjadikan bukit ini sebagai misi untuk mereka mengejar matahari terbit yang sangat mempesonakan.
Link : https://rileklah.com/tarikan/bukit-panau-jerantut-port-aweosome-tengok-awan-karpet-spesies-burung-liar
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100057159472074