Mari kita menakluk puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 m. Jika anda cukup berani untuk naik dan turun gunung, menyeberangi sungai, melakukan perjalanan jarak jauh dan berkhemah tempat menarik di Jerantut, Gunung Tahan di Jerantut ini mungkin akan memberi pengalaman terbaik untuk anda lalui.

Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi. Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32 km dari Kuala Juram, Merapoh.

100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka.  Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. 

Link : https://ammboi.my/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/