Seperti sedia maklum berkenaan Virus Novel Corona (2019-nCoV) yang telah menjangkiti ramai di serata dunia. Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan awal Convid-19:

1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
4. Memastikan pengguna yang berkunjung ke Pusat Internet adalah sihat dan maklumkan cara pencegahan kepada mereka disamping berkongsi maklumat kesihatan.
 

 

“ Berikutan pandemik Covid-19 di negara dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, maka Pusat Internet akan ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Keputusan untuk menutup Pusat Internet adalah sejajar dengan Perintah Kawalan ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Walaubagaimanapun, untuk makluman komuniti setempat, perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) akan disediakan seperti biasa. “