Pertama sekali kita akan pergi ke Jengka Wonderland! Tempat untuk bermandi-mandi.

Jengka Wonderland ini terletak di Bandar Jengka Pahang (bersebelahan JPJ Jengka). Jaraknya lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur dan juga Kuantan.

Apa yang menarik di Jengka Wonderland ini? Di sini terdapat pelbagai jenis gelongsor dan pelbagai jenis kolam. Taman tema air yang sungguh besar.

Anda boleh pilih gelongsor mana anda nak, kolam mana yang anda minat. Ada jugak pirate ship di tengah-tengah kolam untuk anda naiki.

Terdapat juga Gazebo dan Hobbits House untuk anda berehat-rehat sambil bersantai bersama keluarga.

Anak-anak kalau dapat pergi sini, confirm tak senang duduk. Pasti bermacam-macam aksi mereka ingin mencuba.

Harga tiket di sini juga agak berpatutan. RM 18 untuk dewasa, RM 15 untuk kanak-kanak, dan RM 10 untuk warga emas & OKU.

Harga untuk menyewa Gazebo pula adalah RM 40 seunit dan Hobbits House berharga RM 65 seunit.

Jika anda nak merasa taman tema air yang best ini, jom datang ke Jengka Wonderland hari ini. Saya pasti ia tidak akan mengecewakan anda.

Link : https://coklatvanilla.com/7-tempat-menarik-di-jengka-pahang-wow-syoknya/