Aktiviti Belia Kampung Damak bulan april ini ialah dari kumpulan Dikir Barat Sri Damak membuat persembahan pada malam Dikir Barat Rakyat bersama komuniti Dun Damak.

17 Mac 2018 - Program Sinergi Belia 4B (sukan rakyat) dirasmikan oleh YB Dato Lau Lee ADUN Damak. Banyak aktiviti yang di jalankan untuk memeriahkan program. Penduduk Kampung juga terlibat menjayakan program tersebut. 

Program pembukaan pertandingan wau tercantik yang di adakan di perkarangan Perpustakaan Desa Damak. Pertandingan dimenangi oleh semua pihak. Pertandingan bermula jam 10.00 - 11.00 pagi. 

Aturcara :

10:00 - Pendaftaran

          - Perkemaskan lagi wau

          - Pertunjukan wau

          - Pemarkahan untuk setiap wau

          - Penyampaian hadiah

11:00 - Bersurai

Belia Kg Damak membuat persembahan Dikir Barat diantara kumpulan Dikir Sri Damak dan gabungan Dikir Seri Tamalian (Raub) pada majlis perkahwinan di Kg Ulu Cheka pada 16 februari 2018 jam 9.30 malam.

Perlawanan bola sepak antara muHuKa All Star FC vs K.A.P.A.K FC bertempat di Padang awam Kampung Koi, Damak bermula jam 5.00 petang.