Menurut laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health Morbidity Survey) 2019, penyakit tidak berjangkit atau non-communicable disease (NCD) semakin meningkat di Malaysia.
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dengan tagline ‘Jom Saring!’ dilaksanakan sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas dan belum menjalani sebarang saringan kesihatan dalam tempoh 3 tahun lepas untuk:
tampil menjalani saringan asas kesihatan secara berkala bertindak dalam memantau kesejahteraan kesihatan kendiri.
Penyakit NCD boleh dikesan melalui saringan kesihatan berkala. Pengesanan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi penyakit NCD.
JOM SARING!!
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia