Kampung Ulu Cheka yang terletak di Daerah Jerantut. Jarak perjalanannya lebih kirang 30 KM daripada bandar Jerantut melalui jalan Jerantut – Benta, anda akan menemui Pekan Damak sebelum masuk ke simpang Kampung Ulu Cheka, Jerantut. Bila menyebut sahaja nama Kampung Ulu Cheka ini ianya agak sinonim dengan Pawang Nong atau nama penuh beliau Haji Nong bin Santan, dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874.

Menurut cerita beliau mempunyai  dua isteri, pertama Palam Mat Sama, dengan memperolehi lapaan anak lelalki, iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama Hajjah Halimah Mk long dengan mendapat tiga orang anak iaitu satu lelaki dan dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977 ( pada usia 103 ) di Kampung Ulu Cheka.

Sejarah awal pembukaan Kampung Ulu Cheka ini ada pendapat sesetengah daripada mereka yang lain, penulis tidak dapat untuk mengatakan kebenarannya. Namum tidak dapat tidak, kerana kehebatan Pawang Nong itu sendiri telah menonjolkan nama Kampung Ulu Cheka ini. Bolehlah dikatakan Kampung ulu Cheka ini amat sinonim dengan Pawang Nong itu sendiri.

Mitos – Asal usul nama Kampung Ulu Cheka ini yang pernah didengar oleh penulis secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu asalnya daripada perkataan “Cheka” @ “Chike” maksudnya suatu keadaan dimana seseorang itu mengalami muntah-muntah akibat tersalah makan, akibat daripada makanan yang telah bercampur baul dengan makanan yang lain, yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah yang disebut “Cheka @ Chike”.

Diceritakan juga mungkin sewaktu pembukaan Kampung Ulu Cheka ini ramai diantara mereka telah mengalami muntah-muntah disebabkan alahan permakanan tersebut yang disebut “chike” dalam lighat tempatan. Namun bila ditulis semula di dalam ejaan Bahasa melayu menjadi CHEKA. Mungkin lantaran daripada peristiwa itu nama chike @ cheka ini diabadikan. Disebabkan Kampung ini agak jauh sedikit masuk kependalaman daripada jalan utama Jerantut – Benta, maka ianya lebih sesuai disebut ULU CHEKA.

Kisah asal usul nama Kampung Ulu Cheka ini tidak dapat di pastikan sebenar, kerana kisah ini hanya dicerita secara lisan oleh orang-orang tua terdahulu.

 

Laman web : https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/07/asal-usul-nama-kampung-ulu-cheka.html