Tarikh : 25 Februari 2018
Masa : 2.30 - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Damak
Peserta :7 Orang

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Damak. Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang bahaya internet sekiranya tersalah menggunakannya. KDB memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang asas penggunaan internet dengan betul dan bijak. Kelas suntingan image pula adalah untuk kemahiran edit gambar menggunakan aplikasi Photoshine. Kelas Microsoft Publisher pula adalah untuk belajar kemahiran membuat pamphlet dengan baik. Kelas online game bertujuan untuk bermain sambil belajar.

Aktiviti

Kelas KDB para pelajar diberi tayangan tentang video KDB, Kelas Suntingan image aktivitinya adalah pelajar harus download gambar dari internet, msukkan gambar yang telah di pilih ke dalam photoshine dan edit mengikut kesukaan setiap pelajar dan simpan di dalam folder. Kelas Microsoft Publisher pelajar diarah untuk memilih pamphlet yang bersesuaian, pilih corak yang diminati, buat pamphlet seperti contoh yang diberi, masukkan gambar yang telah di edit ke dalam pamphlet dan simpan sebagai rujukan. Kelas online game pula adalah untuk memberi pelajar bermain sambil belajar dari aplikasi yang telah disediakan di internet seperti Typing game, ABC Ya, Up To Ten dan mewarna offline yang telah di install pada pc pengguna.

Gambar Di sini